Sunday, September 23, 2007

Rindu

Perkataan rindu sukar diungkapkan pada ibu bapa kita...sedangkan kalau dalam kehidupan pasangan kekasih, rindu senantiasa meniti di bibir Juli dan Rumi. Aku sangat merindui ibuku yang berada di Ipoh. Walaupun aku sibuk dengan tugasan kerja namun aku masih menitip khabar pada ibu ku disana. Kalau aku tidak menelefonnya pasti Ibu akan resah. Aku perlu mencuri masa untuk menelefon ibu.. Kehidupan kita tidak pernah kekal dan kita tidak akan lama di dunia. Selagi kita atau ibu bapa masih di dunia selagi itu kita perlu berbakti pada mereka. Aku pun rindu pada alam universiti ku dulu...kalau dulu nak cepat habis belajar tapi sekarang nak masuk belajar semula..alam kerja penat...macam ni lah jugaklah rasanya kepenatan ibu bapa kita...tapi tidak pernah pun mereka mengeluh. Akhir kata, Al-fatihah buat bapa ku, semoga Allah memanjangkan umur ibuku serta melimpahkan ketenangan kepadanya.

No comments: